Monday, July 7, 2014

Polis tahan empat lelaki suspek kes bunuh di Tawau

Share it Please
TAWAU: Polis menahan empat suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang dipercayai dipukul di Longpond, Tanjung Batu di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata kesemua suspek berumur antara 19 dan 24 tahun itu ditahan dalam satu operasi kira-kira jam 1 pagi semalam di sebuah rumah di Longpond.

Kesemua suspek itu telah di tahan reman selama seminggu sehingga jumaat depan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Awang Besar berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Isnin lepas itu, mangsa Aedey Syamsuddin, 30, ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat cedera dipukul di bahagian kepala, muka dan badan.

"Setiba di Hospital Besar Tawau mangsa disahkan mengalami kecederaaan retak tempurung kepala dan terdapat pendarahan dalam kepala. Mangsa kemudiannya telah meninggal dunia Rabu lepas selepas dirawat selama tiga hari di hospital itu," katanya.

Beliau berkata mangikut laporan daripada saksi, semasa kejadian itu mangsa dalam perjalanan balik ke Longpond bersama seorang lagi rakannya dengan menaiki motosikal.

"Semasa sampai di tempat kejadian seorang lelaki tidak dikenali keluar dari kawasan gelap dan menangkap mangsa hingga menyebabkan mereka terjatuh dari motosikal.
Mangsa bergelut dengan suspek dan berjaya melepaskan diri lalu cuba melarikan diri tetapi telah dikejar dan dipukul oleh sekumpulan lelaki," katanya.

No comments:

Post a Comment

Followers

Like Us

About us

Blog Huru-Hara Bah yang hanya menyampaikan berita yang sudah disampaikan.Harap maklum.sekadar perkongsian buat semua pembaca.Disampaikan harap memahami apa tujuan blog ini.Tiada paksaan untuk terus kan membaca, tapi membacalah sampai habis.. TQ -owner~