Monday, August 25, 2014

Maruah anak dan saya bukan di bawah tapak kakinya - Rita Rudaini


KUALA LUMPUR: Rita Rudaini menyifatkan tindakan tegasnya memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 terhadap bekas suami, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak di mahkamah semalam bukan kerana mengejar wang tetapi untuk memberi kesedaran.

"Saya bukan nak duit dia (bekas suami) pun. Sejak berkahwin lagi saya tak pernah ambil duit dia satu sen pun. Malah saya guna duit hasil berlakon untuk belanja sendiri. Dia pun saya belanja dan manjakan dulu.

"Tuntutan mutaah ini nak sedarkan pada dia yang jangan ingat boleh layan saya dan anak macam sampah apabila sudah senang dan tak mahu kami lagi. Maruah saya dan anak bukan di bawah tapak kaki dia.

"Kalau masa kahwin lain dia boleh habiskan beratus ribu ringgit, kenapa dia tak boleh bayar tuntutan untuk saya sekeluarga. Di dunia ini dia boleh menafikan serta berbohong... tapi di akhirat nanti nak lari mana gamaknya," katanya kepada BH Online sebentar tadi.

Rita disahkan cerai talak satu dengan Zafuan pada 5 September lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin (5) dan Airit Qaqa Arjuna (3).
Continue Reading...

Kerajaan berusaha kenal pasti 12 lagi mangsa MH17 - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengenal pasti 12 lagi mangsa nahas tragedi pesawat MH17 secepat mungkin selain akan memasuki semula kawasan pencarian di timur Ukraine bagi tujuan itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata 12 mangsa yang belum dikenal pasti lagi itu termasuk nenek tiri beliau dan juga nenek tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagi pencarian pesawat MH370 pula, beliau berkata kerajaan membuat keputusan untuk mengecilkan kawasan pencarian.
Continue Reading...

Noryn Aziz Selamat Bersalin Anak Lelaki


Berita kehamilan penyanyi Noryn Aziz sebelum ini mendapat reaksi positif ramai peminat yang memang mengharapkan beliau dikurniakan cahayamata secepat mungkin selepas kini sudah lebih empat tahun mendirikan rumahtangga.

Media Hiburan hari ini melaporkan yang Noryn Aziz telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, semalam dan ini merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmah.

Bayi itu telah selamat dilahirkan secara normal dan kini kedua-duanya berada dalam keadaan sihat namun tiada maklumat lanjut yang dilaporkan. Tahniah buat Noryn Aziz & suami sekeluarga atas kelahiran orang baru ini. Semoga mendatangkan kebahagian selamanya
Continue Reading...

Intan Ladyana Sah Putus Cinta Dengan Kamal Adli, Anggap Tiada Jodoh




Pelakon Intan Ladyana menjelaskan bahawa dia tidak ada lagi hubungan istimewa bersama sama dengan pelakon kacak Kamal Adli yang sebelum ini telah bercinta sejak tahun 2009 dan hampir 5 tahun hubungan tersebut telah termeterai.

Bertemunya di majlis sidang media Anugerah Lawak Warna 2014, dia dengan tenang menjawab bahawa dia kini kembali solo dan tidak mempunyai hubungan lagi dengan Kamal Adli.

BACA: Kamal Adli, Intan Ladyana Nafi Hubungan Bermasalah 

“Kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Hubungan ini berakhir sejak akhir Ramadan lagi,“ katanya.

Dia yang sebenarnya telah memberitahu bahawa keputusan untuk berpisah telah lama difikirkan dan kini telah rasminya dia putus. Baginya tidak ada jodoh antara mereka berdua. Punca kenapa hubungan mereka berantakan hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.

“Tak ada jodoh antara kami berdua. Kenapa kami buat keputusan ini saya tidak boleh beritahu”

Sementara itu, Intan secara berseloroh telah memberitahu selepas ini tidak akan ada lagi orang yang asyik bertanyakan tentang hubungannya lagi dan dengan itu dia berasa sedikit lega. Dalam perkembangan lain, Intan telah tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Komedi dalam filem menerusi lakonan dalam Adnan Sempit 3
Continue Reading...

Sharnaaz Ahmad Malu Akan Sikap Azwan Ali, Tidak Padan Dengan Usia



Kalau anda belum dengar, sekitar hujung minggu lalu tercetus perbalahan antara Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad dek kerana si muda menegur yang tua kerana mengambil gambar sendiri (selfie) di perhimpunan berkabung rakyat di Dataran Merdeka.

“Apa yang saya tidak boleh terima ialah tindakan biadabnya (rakam gambar) selfie & memanggil Melayu ‘laknatullah’. Melampau!”

“Saya tak peduli apa dia nak cakap atau panggil saya sebab satu Malaysia memang tahu mulut dia macam mana. Untuk benda itu, dia tak payah minta maaf pun. Saya tegur dia cara elok dan saya malas jawab apa dia cakap sebab dia lagi tua. Cuma bila dia sentuh kaum, saya tidak senang,” jelas Sharnaaz Ahmad kepada Harian Metro hari ini.

Dalam kenyataan menerusi Instagram juga beberapa hari lalu, Sharnaaz Ahmad juga ada berikan nasihat kepada Azwan Ali supaya meminta maaf kepada kaum Melayu yang dihina sebelum terlambat dan berkata tidak kisah jika hanya dirinya dihina, bukan kaum.



“Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap juga bila sampai ke tangan Azwan. Ini bukan soal jantina, aib, personal. Ini soal bangsa Melayu yang diinjak kedaulatan! Mohon maaf pada Melayu sebelum terlambat bang,” 
Continue Reading...

Erma Fatima: Saya Masih Isteri Bade



Hari ini menerusi laporan Berita Harian, Erma Fatima menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya selepas dikatakan sudah nekad memfailkan perceraiannya di mahkamah baru baru ini.

“Saya masih isteri kepadanya. Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi,“ ujar Erma Fatima ketika disoal tentang isu ini.

Namun, Erma Fatima turut berkata yang beliau menyerahkan hubungan yang ada kini kepada ketentuan Tuhan dan akan cuba untuk bertahan selama mungkin.

“Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya,“ tambahnya lagi.a
Continue Reading...

Monday, July 21, 2014

Perintah berkurung: Rakyat Sabah jangan panik

SEMPORNA - Penduduk daerah ini diminta bertenang dan tidak panik berikutan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah.
    
Ahli Dewan Undangan Negeri, Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong berkata, keputusan kerajaan itu merupakan tindakan yang tepat pada masanya untuk memastikan keselamatan di kawasan tersebut lebih terjamin.
Sabah diceroboh
Katanya masyarakat di kawasan terbabit harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota pasukan keselamatan dengan mematuhi arahan dikeluarkan.

"Kita juga perlu memainkan peranan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat sekiranya terdapat anasir-anasir yang cuba menggugat ketenteraman awam khususnya mengenai kemasukan pendatang asing tanpa izin," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka Puasa di Pulau Bumbum dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, perintah berkurung yang akan diumumkan itu bukan melibatkan semua kawasan dan sepanjang masa sehingga rakyat tidak boleh keluar rumah, tetapi ia hanya melibatkan kawasan dan masa tertentu sahaja.

Katanya langkah itu juga bertujuan untuk melengkapkan laluan yang telah ditetapkan selain memastikan ia tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan penceroboh.

Jaujan turut menyarankan agar imam di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Sulabayan mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
Continue Reading...

Followers

Like Us

About us

Blog Huru-Hara Bah yang hanya menyampaikan berita yang sudah disampaikan.Harap maklum.sekadar perkongsian buat semua pembaca.Disampaikan harap memahami apa tujuan blog ini.Tiada paksaan untuk terus kan membaca, tapi membacalah sampai habis.. TQ -owner~