Monday, July 21, 2014

Perintah berkurung: Rakyat Sabah jangan panik

SEMPORNA - Penduduk daerah ini diminta bertenang dan tidak panik berikutan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah.
    
Ahli Dewan Undangan Negeri, Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong berkata, keputusan kerajaan itu merupakan tindakan yang tepat pada masanya untuk memastikan keselamatan di kawasan tersebut lebih terjamin.
Sabah diceroboh
Katanya masyarakat di kawasan terbabit harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota pasukan keselamatan dengan mematuhi arahan dikeluarkan.

"Kita juga perlu memainkan peranan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat sekiranya terdapat anasir-anasir yang cuba menggugat ketenteraman awam khususnya mengenai kemasukan pendatang asing tanpa izin," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka Puasa di Pulau Bumbum dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, perintah berkurung yang akan diumumkan itu bukan melibatkan semua kawasan dan sepanjang masa sehingga rakyat tidak boleh keluar rumah, tetapi ia hanya melibatkan kawasan dan masa tertentu sahaja.

Katanya langkah itu juga bertujuan untuk melengkapkan laluan yang telah ditetapkan selain memastikan ia tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan penceroboh.

Jaujan turut menyarankan agar imam di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Sulabayan mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
Continue Reading...

Thursday, July 17, 2014

Gambar ahli keluarga mangsa



AHLI keluarga penumpang pesawat MH17 hadir bagi mengikuti sesi taklimat di Hotel Marriot, Putrajaya, hari ini. - Foto Sairien Nafis

AHLI keluarga memeluk Jamilah Noriah Abang Anuar,72, (kanan) ibu kepada Ariza Ghazalee, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, di kediaman mereka di Kuching, hari ini.

Dayang Noriah Abang Anuar, 72 melihat gambar keluarga anaknya Ariza Ghazalee 46 bersama suami dan empat anaknya antara penumpang MH 17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine awal pagi tadi ketika ditemui dikediamannya di Kuching. - Foto Mohd Radzi Bujang

SALAH seorang ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Akmar Mohd Noor tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui oleh pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

ANTARA ahli keluarga yang hadir ke KLIA untuk mengikuti perkembangan terkini pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

REAKSI ahli keluarga mangsa pesawat MH17 yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui pemberita di Sepang.

SALAH seorang ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Akmar Mohd Noor yang hadir ke Anjung Tinjau tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui oleh pemberita di Sepang.

JIJAR Singh, 71, bapa kepada Sanjid Singh Sandhu yang merupakan pramugara Penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Timur Ukraine, sebak apabila ditemui pihak media di pintu dapur rumahnya di Taman Selamat Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

ANTARA keluarga magsa yang hadir di Anjung Tinjau bagi mengenal pasti senarai nama mangsa pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

KAPTEN pesawat MH17 Wan Amran Wan Hussin dipercayai terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine, semalam. Gambar ini diambil daripada laman facebook keluarganya

AHLI bomba memadamkan kebakaran di tempat bangkai pesawat MAS MH17 yang terhempas berdekatan bandar Shaktarsk, timur Ukraine

Continue Reading...

MH17 DITEMBAK

Kuala Lumpur: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.

Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.

MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine.
Continue Reading...

GAMBAR Penumpang MH17 dijumpai mati bergelimpangan

http://nadirarajohari.readthisstory.net/my-7958882

http://nadirarajohari.readthisstory.net/my-7958886
http://nadirarajohari.readthisstory.net/my-7958882

http://nadirarajohari.readthisstory.net/my-7958882
Continue Reading...

Anak kapal MH17 sempat WhatsApp kepada ibu bapa


Georgetown: Seorang anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sempat menghantarkan kiriman media sosial whatsApp kepada ibu bapanya ketika masih di Amstrerdam pada malam sebelum kejadian terbabit.

Bapa mangsa, Mohamed Salleh Samsudin, 54, berkata beliau menerima berita berkenaan pada jam 11 malam tadi daripada pihak MAS iaitu waktu yang sama ketika anaknya menghantar WhatsApp pada pada malam sebelum kejadian.

Beliau berkata, dia dan keluarga agak terperanjat dengan berita berkenaan anak sulungnya Nur Shazana dan masih menunggu berita selanjutnya daripada pihak MAS.

"Pada malam semalam dia ada menghubungi saya meminta saya menghantar gambar anak buahnya dan menyatakan hasrat untuk kembali pada hari raya pertama nanti.

"Dia ( Shazana) kata nak pergi kubur pada hari raya kedua untuk baca yasin kepada ahli keluarga terdekat kami," katanya sambil menahan sebak.

Mohamed Salleh yang menetap di Bayan Baru, di sini, berkata, Shazana menyimpan cita-cita dari kecil untuk menjadi pramugari dan komited terhadap tugasnya.

Nur Shazana salah seorang daripada 15 anak kapal MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.
Pesawat jenis Boieng 777 yang membawa seramai 280 penumpang itu dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.
Continue Reading...

Monday, July 14, 2014

Syaitan Laknatullah Zionis Mengecam Cristiano Ronaldo Kerana Membantu Palestin

Salute dan respect pada pemain Real Madrid yang sorang nih....Alhamdulillah semoga Allah membukakan hatinya kepada Islam.Beliau tetap dengan pendirian beliau untuk bersama -sama mengecam dan tidak bersetuju dengan tindakan israel yang menyerang dan membunuh penduduk Palestin.

Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, Real Madrid memilih untuk berkerjasama Palestin. Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui polisi kelab, malah oleh pemain-pemain kelab itu.

Tindakan yang paling ketara ialah dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.

Malahan bekas penyerang Manchester United itu yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas hati memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin.
Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo pada harga 1,4 juta euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ sahaja.
Pernah dilaporkan sebelum ini, dalam satu acara, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan segala keburukannya.

Namun ada juga pihak media yang menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk tanggungjawab kemanusiaan. Ia menunjukkan keperihatinanan beliau terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo juga pernah dilaporkan menngunjungi Palestin pada tahun 2007 dan 2005.

Di sana beliau disambut dengan hebat oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun kecaman terhadap Ronaldo terus dilakukan media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis.Ronaldo untuk terus bersama Islam dan memeluk agama Islam.
Continue Reading...

Sunday, July 13, 2014

Penerima Anugerah Piala Dunia Brazil 2014

Setelah berempas pulas bermain bola dari bulan jun sehingga la bulan julai, akhirnya keputusan final telah terjawab juga. Manakala, pemain yang terbaik ketika bermain sepanjang perlawanan di brazil juga sudah terjawab. Begitu juga dengan penjaring gol terbanyak selama tempoh perlawanan bola sepak di brazil.



Anugerah Piala Dunia Brazil 2014

Pemain terbaik kejohanan (Golden ball) - Lionel Messi (ARG)
Penjaga gol terbaik (Golden glove) - Manuel Neuer (JER)
Penjaring gol terbanyak (Golden boot) - James Rodriguez (COL)
Continue Reading...

Konstabel Zakiah Aliep hubungi isteri, beritahu ditawan penculik - KPN

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan Konstabel Zakiah Aliep menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson, malam tadi.

"Dalam perbualan singkat itu, Zakiah dilaporkan memberitahu isterinya dia kini berada dalam tawanan kumpulan penculik bersenjata, namun tidak menyatakan lokasi dia berada," kata Khalid ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Zakiah, 26, sebelum ini dilaporkan hilang sejurus selepas serangan hendap kumpulan bersenjata di sebuah resort terapung di Pulau Mabul di perairan Semporna, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, rakan setugasnya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh susulan tembakan rambang dilepaskan oleh kumpulan lapan suspek terbabit.
Continue Reading...

Tuesday, July 8, 2014

Coretan dari Hati Anak Linda Rafar Sebelum Meninggal Dunia

Coretan dari Hati Rezaimen, anak Linda Rafar yang meninggal dunia akibat cancer di bahagian perut.

Coretan ini ditulis oleh Rezaimen yang lebih mesra dipanggil Memen setelah beliau didiagnos penyakit kronik tersebut pada tahun 2014.

Linda Rafar berkongsi 2 halaman hasil tulisan dari Rezaimen.


Continue Reading...

Serangan udara Israel bunuh 13 rakyat Palestin

BANDARAYA GAZA: Serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan 13 rakyat Palestin terbunuh manakala sekurang-kurangnya 90 yang lain cedera ketika tentera rejim Zionis itu memulakan kempen serangan udara.
Foto
KEJADIAN letupan berikutan serangan peluru berpandu Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, hari ini mengakibatkan 13 rakyat Palestin terbunuh manakala sekurang-kurangnya 90 yang lain cedera. - Foto AP
Dalam satu serangan terburuk, sebuah peluru berpandu menghentam sebuah rumah di bandar selatan Khan Yunis apabila orang ramai berhimpun untuk melindunginya, menyebabkan tujuh orang maut.

Saksi menyatakan dron Israel menembak suar amaran, menyebabkan saudara mara dan jiran berkumpul di rumah berkenaan sebagai perisai manusia dan sejurus kemudian pesawat F-16 menembak peluru berpandu yang memusnahkan bangunan itu.

Berikutan itu, Hamas menegaskan "seluruh rakyat Israel" akan menjadi sasaran tindak balas.

“Pembunuhan beramai-ramai di Khan Yunis...pembunuhan kanak-kanak adalah jenayah perang yang kejam dan semua rakyat Israel kini menjadi sasaran sah perjuangan kami," kata jurucakapnya, Sami Abu Zuhri menerusi Facebook.

Tidak lama kemudian, dua lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara di Shejaiya, di timur Bandaraya Gaza.

Terdahulu, tiga rakyat Palestin terbunuh apabila peluru berpandu mengenai sebuah kereta di Daraj di tengah Bandaraya Gaza.


Continue Reading...

Monday, July 7, 2014

Polis tahan empat lelaki suspek kes bunuh di Tawau

TAWAU: Polis menahan empat suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang dipercayai dipukul di Longpond, Tanjung Batu di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata kesemua suspek berumur antara 19 dan 24 tahun itu ditahan dalam satu operasi kira-kira jam 1 pagi semalam di sebuah rumah di Longpond.

Kesemua suspek itu telah di tahan reman selama seminggu sehingga jumaat depan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Awang Besar berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Isnin lepas itu, mangsa Aedey Syamsuddin, 30, ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat cedera dipukul di bahagian kepala, muka dan badan.

"Setiba di Hospital Besar Tawau mangsa disahkan mengalami kecederaaan retak tempurung kepala dan terdapat pendarahan dalam kepala. Mangsa kemudiannya telah meninggal dunia Rabu lepas selepas dirawat selama tiga hari di hospital itu," katanya.

Beliau berkata mangikut laporan daripada saksi, semasa kejadian itu mangsa dalam perjalanan balik ke Longpond bersama seorang lagi rakannya dengan menaiki motosikal.

"Semasa sampai di tempat kejadian seorang lelaki tidak dikenali keluar dari kawasan gelap dan menangkap mangsa hingga menyebabkan mereka terjatuh dari motosikal.
Mangsa bergelut dengan suspek dan berjaya melepaskan diri lalu cuba melarikan diri tetapi telah dikejar dan dipukul oleh sekumpulan lelaki," katanya.
Continue Reading...

Neelofa Kongsi Kisah Hijrah Di IKIM FM

Penghijrahan Neelofa baru baru menjadi perhatian ramai dan mesti ada diantara anda ingin mengetahui kisah disebalik keputusan pelakon & pengacara popular ini untuk bertudung penuh.

Neelofa muncul dalam sebuah segmen melalui siaran radio IKIM FM untuk menceritakan kisah perjalanan beliau sepanjang lebih setahun untuk mencari kebahagiaan yang kekal selepas memiliki segalanya dalam hidup.

Selain mengikuti kelas agama & membaca, antara langkah awal Neelofa untuk terus berhijrah adalah untuk melengkapkan solat lima waktu dan berkat doa dalam solat harian, Neelofa percaya Tuhan turunkan hidayah untuk dirinya.

#09 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA

#08 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA

#04 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA

#03 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA
Continue Reading...

Friday, July 4, 2014

Jenazah Sharifah Aini Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada jam 12.10 tengah hari tadi.


Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Aliff Omar Ali; sanak saudara dan rakan artis antaranya Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Datin Umie Aida, Rohana Jalil, Herman Tino, Khadijah Ibrahim dan penulis lirik dan lagu, LY dan Baiduri serta Presiden Yayasan Artis Satu Malaysia, Datuk DJ Dave.




SUMBER : BH
Continue Reading...

Biar betul : Neymar tidak akan beraksi lagi

TERKINI: Doktor skuad Brazil, Rodrigo Lasmar sahkan tulang vertebra (belakang) Neymar patah dan tidak akan beraksi lagi dalam Piala Dunia.

Kecederaan berlaku pada minit ke-88 apabila lutut pemain Colombia, Juan Camilo Zuniga bertembung dengan belakang Neymar yang terpaksa diusung keluar padang dan terus dihantar ke hospital.
Continue Reading...

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Al-Fatihah.
Continue Reading...

Sampel darah dari 20 ladang babi negatif JE

Putrajaya: Semua 181 sampel darah dari 20 ladang babi yang diambil dalam lingkungan satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selamat, Pulau Pinang didapati negatif virus Japanese Encephalitis (JE).

Ketua Jabatan Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Azmie Zakaria berkata, bagaimanapun, pengusaha ladang dinasihatkan untuk mengetatkan kawalan biosekuriti ladang dan mempertingkatkan kebersihan persekitaran serta mempastikan saliran perparitan berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.

"Kita sedang meneruskan siasatan penyakit dan turut mengumpul sampel darah daripada ternakan lain.

"Aktiviti pengawasan juga diperluaskan supaya merangkumi ladang babi lain di seluruh Pulau Pinang dan negeri di semenanjung," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Baru-baru ini, seorang murid tahun enam SK Kampung Selamat dirawat di hospital swasta di Georgetown disyaki dijangkiti wabak JE.

sumber : myMetro

Continue Reading...

Awie tidak mengaku cedera isteri


Foto


Ampang : Penyanyi rock terkenal, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang, di sini, 2 Jun lalu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Vokalis kumpulan Wings itu yang memakai jaket hitam hadir ke mahkamah dengan jaminan polis ditemani beberapa rakannya, termasuk ahli kumpulan rock terbabit, Joe dan Eddy.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rozana, 36, hingga menyebabkan wanita terbabit cedera, jam 1.30 petang pada 2 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, UK Perdana, Hulu Kelang, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda, jika disabit kesalahan.
Continue Reading...

RM27 juta untuk Gaza

Jordan: Walaupun gagal ke pusingan suku akhir Piala Dunia, pasukan Algeria antara pasukan yang menjadi tumpuan media sehingga ini.

Difahamkan, pasukan Algeria akan menderma wang yang dimenangi semasa pusingan ke-16 Piala Dunia itu berjumlah RM27 juta. 

Pasukan yang sangat menyerlah ketika perlawanan akhir mereka menentang Jerman Selasa lalu kelihatan lebih menyerlah walaupun di luar padang. 

Wartawan dari Jordan, Waleed Abu Nada berkata, penyerang Algeria, Islam Slimani mendedahkan bahawa mereka akan mendermakan kesemua wang Piala Dunia yang dimenangi kepada rakyat di Gaza, Palestin.

Foto
Menurut Slimani, pemain Algeria memilih berbuat demikian kerana merasakan wang tersebut lebih diperlukan rakyat Gaza berbanding mereka.


Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri daripada pasukan Algeria sekaligus menjadi contoh kepada pasukan-pasukan dari Afrika yang mana pasukan Ghana dan Cameroon sering berkelahi kerana wang. - Agensi Menurut Slimani, pemain Algeria memilih berbuat demikian kerana merasakan wang tersebut lebih diperlukan rakyat Gaza berbanding mereka.


Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri daripada pasukan Algeria sekaligus menjadi contoh kepada pasukan-pasukan dari Afrika yang mana pasukan Ghana dan Cameroon sering berkelahi kerana wang. - Agensi 

Continue Reading...

Thursday, July 3, 2014

Penjaring Terbanyak Kejohanan Piala Dunia 2014


PENJARING terbanyak kejohanan Piala Dunia setakat ini, James Rodriguez (5 gol) dari Colombia menjalani latihan ringan di Fortaleza, hari ini menjelang perlawanan suku akhir bertemu Brazil pada jam 4 pagi esok (5 Julai)
Continue Reading...

Piala Dunia: Ahli psikologi bantu pemain Brazil kawal menangis

SAO PAULO: Air mata Neymar dan rakan pasukan Brazil pada Piala Dunia kali ini mengejutkan beberapa legenda bola sepak negara itu dan jurulatih Luiz Felipe Scolari meminta ahli psikologi pasukan memberi lebih masa kepada pemain.

Ahli psikologi sukan, Regina Brandao melakukan lawatan segera yang tidak dijadual ke kem latihan Brazil semalam, menjelang perlawanan suku akhir menentang Colombia esok, menurut laporan akhbar Folha de Sao Paulo.
Beberapa legenda bola sepak Brazil seperti Carlos Alberto, ketua pasukan yang memenangi Piala Dunia pada 1970, berkata bintang Brazil hari ini terlalu banyak menangis.


Sementara pasukan tidak mengulas sama ada sesi itu adalah segera tetapi Neymar berkata beliau gembira dapat berbual dengan ahli psikologi itu.

Lawatan istimewa itu dibuat selepas Brazil berhempas pulas untuk mengatasi Chile menerusi penentuan penalti pada saingan peringkat 16 pasukan.

Neymar, penjaga gol Julio Cesar, David Luiz dan ketua pasukan Thiago Silva semuanya menangis selepas perlawanan itu.

Emosi pemain Brazil itu mencetuskan perdebatan dan kebimbangan sama ada mereka bersedia dari segi psikologi untuk memenangi Piala Dunia di tempat sendiri.
Neymar menangis semasa lagu kebangsaan dimainkan pada pembukaan kejohanan menentang Croatia dan air matanya tidak lagi berengang.

“Mereka menangis semasa lagu kebangsaan dimainkan, mereka menangis pada akhir masa tambahan, mereka menangis sebelum dan selepas sepakan penalti,” kata Pengarah Teknikal, Carlos Alberto Parreira.

Legenda Piala Dunia, Zico berkata kekurangan kawalan diri boleh menjejaskan peluang Brazil di padang.

“Tiada tumpuan ketika perlawanan, ini boleh menjejaskan Brazil. Ada pemain yang emosional dan melupakan permainan. Mereka perlu lebih kawalan," katanya. - AFP
Continue Reading...

20 rumah atas air di Pulau Gaya musnah dalam kebakaran


KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 20 rumah atas air Kampung Pondo di Pulau Gaya di perairan ini, musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

Asap tebal kelihatan dari tanah besar selain beberapa letupan dipercayai daripada tong gas turut kedengaran.

Bomba menerima penggilan berhubung kejadian itu jam 12.49 tengah hari dan setakat ini tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Pulau Gaya mempunyai beberapa perkampungan atas air dan mengambil kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti berhampiran pasar Kota Kinabalu.
Continue Reading...

Wednesday, July 2, 2014

Felixia Yeap sangkal sudah umum nama Islam

Felixia Yeap sangkal sudah umum nama Islam


Personaliti dan model jelita, Felixia Yeap menyangkal dakwaan kononnya dia sudah mengumumkan nama Islamnya."Saya tahu kalian semua tidak sabar menunggu nama Islam saya umumkan."Sepertimana yang dijanjikan, saya sendiri akan mengumumkan nama Islam saya di sini (Facebook) selepas raya mengucap syahadah nanti dan bila waktunya telah tiba, iaitu pada atau selepas 3 Julai (5 Ramadan).

"Buat masa sekarang, saya menyeru agar anda semua jangan percaya pada mana-mana sumber media yang sengaja membuat cerita tentang nama saya bagi melariskan atau mempopularkan berita mereka," tulisnya di laman sosial Facebook-nya.

Dalam pada itu, Felixia berkata, dia hanya pernah mendedahkan nama akhirnya yang bakal dipilih iaitu Rania ketika dalam program televisyen baru-baru ini.

Sementara itu, Felixia dalam status di Facebook-nya turut berkata, dia akan membuat satu laporan polis mengenai akaun Twitter palsu yang menggunakan namanya untuk menjejaskan nama baiknya."Taka pa lah. Saya akan buat laporan polis esok pasal akaun palsu Twitter yang gatal melayan semua lelaki itu."
Continue Reading...

Rania Pilihan Nama Felixia Yeap, Ilham Dari Mimpi

SIs ingatkan Felixia Yeap akan pilih nama yang bermula huruf ‘F’ macam Farah ke, Farhana ke atau Fasha. Namun akhirnya nama ‘Rania’ menjadi pilihan bekas model ini. Bakal memeluk Islam pada 5 Ramadhan ini, nama ‘Rania’ yang ini diperolehi menerusi mimpi dan merupakan salah satu daripada 2 gabungan nama yang akan digunakan kelak.  ‘Farah Rania’ mungkin?SIs ingatkan Felixia Yeap akan pilih nama yang bermula huruf ‘F’ macam Farah ke, Farhana ke atau Fasha. Namun akhirnya nama ‘Rania’ menjadi pilihan bekas model ini. Bakal memeluk Islam pada 5 Ramadhan ini, nama ‘Rania’ yang ini diperolehi menerusi mimpi dan merupakan salah satu daripada 2 gabungan nama yang akan digunakan kelak.  ‘Farah Rania’ mungkin?
farah rania felixia yeao
Nama ‘Rania’ itu telah diumumkan oleh Felixia Yeap menerusi rancangan ‘Apa Kata Malaysia’ pada Ahad lepas yang telah dikendalikan oleh Datuk Aznil Nawawi. Kata Felixia Yeap menerusi rancangan itu:-
Selepas mendapat mimpi tersebut…saya tertannya-tanya apakah maksud di sebaliknya. Saya tidak membuang masa dan terus mencari makna disebalik nama tersebut. Rania…bunyinya Indah bukan? Ia membawa maksud ‘pemimpin yang mempersonakan’.

Continue Reading...

Followers

Like Us

About us

Blog Huru-Hara Bah yang hanya menyampaikan berita yang sudah disampaikan.Harap maklum.sekadar perkongsian buat semua pembaca.Disampaikan harap memahami apa tujuan blog ini.Tiada paksaan untuk terus kan membaca, tapi membacalah sampai habis.. TQ -owner~