Thursday, July 3, 2014

Piala Dunia: Ahli psikologi bantu pemain Brazil kawal menangis

Share it Please
SAO PAULO: Air mata Neymar dan rakan pasukan Brazil pada Piala Dunia kali ini mengejutkan beberapa legenda bola sepak negara itu dan jurulatih Luiz Felipe Scolari meminta ahli psikologi pasukan memberi lebih masa kepada pemain.

Ahli psikologi sukan, Regina Brandao melakukan lawatan segera yang tidak dijadual ke kem latihan Brazil semalam, menjelang perlawanan suku akhir menentang Colombia esok, menurut laporan akhbar Folha de Sao Paulo.
Beberapa legenda bola sepak Brazil seperti Carlos Alberto, ketua pasukan yang memenangi Piala Dunia pada 1970, berkata bintang Brazil hari ini terlalu banyak menangis.


Sementara pasukan tidak mengulas sama ada sesi itu adalah segera tetapi Neymar berkata beliau gembira dapat berbual dengan ahli psikologi itu.

Lawatan istimewa itu dibuat selepas Brazil berhempas pulas untuk mengatasi Chile menerusi penentuan penalti pada saingan peringkat 16 pasukan.

Neymar, penjaga gol Julio Cesar, David Luiz dan ketua pasukan Thiago Silva semuanya menangis selepas perlawanan itu.

Emosi pemain Brazil itu mencetuskan perdebatan dan kebimbangan sama ada mereka bersedia dari segi psikologi untuk memenangi Piala Dunia di tempat sendiri.
Neymar menangis semasa lagu kebangsaan dimainkan pada pembukaan kejohanan menentang Croatia dan air matanya tidak lagi berengang.

“Mereka menangis semasa lagu kebangsaan dimainkan, mereka menangis pada akhir masa tambahan, mereka menangis sebelum dan selepas sepakan penalti,” kata Pengarah Teknikal, Carlos Alberto Parreira.

Legenda Piala Dunia, Zico berkata kekurangan kawalan diri boleh menjejaskan peluang Brazil di padang.

“Tiada tumpuan ketika perlawanan, ini boleh menjejaskan Brazil. Ada pemain yang emosional dan melupakan permainan. Mereka perlu lebih kawalan," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Followers

Like Us

About us

Blog Huru-Hara Bah yang hanya menyampaikan berita yang sudah disampaikan.Harap maklum.sekadar perkongsian buat semua pembaca.Disampaikan harap memahami apa tujuan blog ini.Tiada paksaan untuk terus kan membaca, tapi membacalah sampai habis.. TQ -owner~