Tuesday, July 8, 2014

Serangan udara Israel bunuh 13 rakyat Palestin

Share it Please
BANDARAYA GAZA: Serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan 13 rakyat Palestin terbunuh manakala sekurang-kurangnya 90 yang lain cedera ketika tentera rejim Zionis itu memulakan kempen serangan udara.
Foto
KEJADIAN letupan berikutan serangan peluru berpandu Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, hari ini mengakibatkan 13 rakyat Palestin terbunuh manakala sekurang-kurangnya 90 yang lain cedera. - Foto AP
Dalam satu serangan terburuk, sebuah peluru berpandu menghentam sebuah rumah di bandar selatan Khan Yunis apabila orang ramai berhimpun untuk melindunginya, menyebabkan tujuh orang maut.

Saksi menyatakan dron Israel menembak suar amaran, menyebabkan saudara mara dan jiran berkumpul di rumah berkenaan sebagai perisai manusia dan sejurus kemudian pesawat F-16 menembak peluru berpandu yang memusnahkan bangunan itu.

Berikutan itu, Hamas menegaskan "seluruh rakyat Israel" akan menjadi sasaran tindak balas.

“Pembunuhan beramai-ramai di Khan Yunis...pembunuhan kanak-kanak adalah jenayah perang yang kejam dan semua rakyat Israel kini menjadi sasaran sah perjuangan kami," kata jurucakapnya, Sami Abu Zuhri menerusi Facebook.

Tidak lama kemudian, dua lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara di Shejaiya, di timur Bandaraya Gaza.

Terdahulu, tiga rakyat Palestin terbunuh apabila peluru berpandu mengenai sebuah kereta di Daraj di tengah Bandaraya Gaza.


No comments:

Post a Comment

Followers

Like Us

About us

Blog Huru-Hara Bah yang hanya menyampaikan berita yang sudah disampaikan.Harap maklum.sekadar perkongsian buat semua pembaca.Disampaikan harap memahami apa tujuan blog ini.Tiada paksaan untuk terus kan membaca, tapi membacalah sampai habis.. TQ -owner~